FESTIVAL FILEM LOKAL

Aktiviti Semasa | 18 February 2023

Program khas sempena cuti sekolah yang memberi peluang kepada warga KG Parit Sakai Laut dan kawasan sekitar untuk sama-sama berkumpul dan meluangkan masa membuat aktiviti mengenali bakat rakyat Malaysia sekali gus menjadi sumber inspirasi terutamanya kepada anak-anak muda, pelajar sekolah dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang seni dan kreatif.

Ianya sebagai satu langkah pemula dan pencetus idea serta minat kepada peserta agar mereka dapat membuka minda dan mengembangkan minat dalam bidang ini.

Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu risau akan keberadaan anak-anak mereka sepanjang cuti sekolah sedang berlangsung.