mcmc
Persatuan Wanita

Tahlil Ringkas & Doa Selamat Mini PEDi Parit Sakai Laut

WhatsApp Image 2023-03-17 at 12.07.04 PM

Selesai sudah majlis tahlil ringkas & doa selamat di Pusat Ekonomi Digital Kpg Prt Sakai Laut pada pagi Jumaat, 17 Mac 2023 lalu.

Seramai 10 orang wakil pakatan wanita disekitar Kampung Parit Sakai Laut telah hadir bagi membimbing majlis ini. Selain itu, turut serta anak-anak selaku ahli PEDi yang sangat setia memeriahkan majlis dari awal hingga habis.

Tidak lupa juga kepada Ketua Pakatan Kampung Parit Sakai Laut, Tok Mohammad Hassan dan juga Pengerusi PEDi Kampung Parit Sakai Laut, En Helmy Latiff memberikan sedikit sebanyak ucapan penghargaan dan menyantuni tetamu yang hadir.

Tujuan majlis tahlil ringkas & doa selamat ini diadakan bertujuan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba dan sesi persekolah yang akan dibuka pada minggu hadapan. Moga-moga umat Islam dapat bertemu dengan bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Anak-anak yang bakal hadir ke sekolah dengan sesi yang baru juga dapat belajar dengan baik dan berjaya diakhirnya. Amin.

Ada rezeki dan masa banyak lagi program dan aktiviti menarik yang bakal diadakan khusus buat ahli PEDi dan umumnya kepada seluruh penduduk disekitar daerah Muar ini.

 

  WhatsApp-Image-2023-03-17-at-12.07.19-PM WhatsApp-Image-2023-03-17-at-12.07.29-PM WhatsApp Image 2023-03-17 at 12.07.50 PM WhatsApp-Image-2023-03-17-at-12.08.36-PM WhatsApp-Image-2023-03-17-at-12.08.06-PM