Yok Munjung! 2.0

Galeri | 10 April 2023

YOK MUNJUNG! 2.0

Munjung atau punjungan ialah budaya masyarakat Jawa yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Munjung ini bermaksud menghantar juadah berbuka puasa kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Meskipun asalnya aktiviti munjung ini khusus sehari sebelum hari raya, namun perubahan zaman telah menjadikan munjung ini dilakukan sepanjang bulan Ramadan bagi mendapatkan kelebihan bersedekah.

Program Yok! Munjung ini khusus buat penduduk disekitar Mini Pusat Ekonomi Digital Kampung Parit Sakai Laut bagi menyantuni dan menghargai komuniti disini.