mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pesta Layang-Layang Wau Daerah Muar

378202125 634895242117396 4875990198384093016 n

Jom Sama-Sama Memeriahkan Pesta Layang-Layang Wau Daerah Muar Tahun 2023 Yang Julung-Julung Kalinya Diadakan Di Kawasan Sawah Sungai Balang yang berlangsung pada 21-24 September 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bangganya Kita Boleh Bermain Layang-Layang Di Tengah-Tengah Sawah…Nak Rasakan Pengalaman Tersebut…. Jom Datang !!!!!!!

Pelbagai acara menarik disusun oleh pihak penganjur untuk orang ramai termasuklah pertandingan wau dan layang-layang peringkat Sekolah dan Mukim, pertandingan memancing puyu, pertandingan bola sepak antara mukim, pertandingan tarik tali antara jabatan, pertandingan mewarna yang disertai Warga Emas dan anak-anak Tadika KEMAS, pertandingan karaoke suka-suka, pameran layang-layang, gerai jualan dan banyak lagi sepanjang empat(4) hari ia berlangsung.

Nak Ber OOTD … Nak Healing-Healing Tepi Sawah… .Nak Main Layang-Layang….Pasti Kene Datang…

Jangan risau jika tiada tempat letak kenderaan atau perlu berjalan jauh…. kerana….

kami sediakan “Shuttle Bus” dari tempat letak kenderaan (Dewan Sarang Buaya) ke tapak Pesta Desastay Santai D’ Sawah setiap setengah jam sekali..

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, bolehlah hubungi:-

Majlis Kebudayaan Daerah Muar

: 014-3808958

(En. Misran Bin Miskam – Setiausaha Gerak Kerja)

Jadi..Apa Tunggu Lagi…Jom Datang Ramai-Ramai Bersama Ahli Keluarga Dan Rakan-Rakan…

Happy Family…..Happy-Happy Healing…..Happy Day…