Kelas Asas Keusahawanan: Ais Krim Goyang
Tarikh: 14 Feb 2024
Masa: 10:30 am hingga 11:30 am
Alhamdulillah, telah selesai aktiviti cuti sekolah pada pagi ini.
Kanak-kanak sekitar Kampung Parit Sakai Laut telah pun diajar cara-cara untuk membuat ais krim goyang & membuat kiraan modal untuk perniagaan ini.
Perkongsian ini telah disampaikan oleh cikgu Tukiran Taslim. Terima kasih atas tunjuk ajarnya.
Tidak lupa juga penghargaan kepada Penolong Pengurus Pedi Tg Emas kerana membantu melancarkan program pada pagi ini.
Esok ada lagi program cuti sekolah, Google Documents, bermula pada jam 10:30 am hingga 11:30 am.