mcmc
Aktiviti SemasaKemudahan AsasKemudahan AwamMaklumat AmMaklumat KomunitiMaklumat NADIMaklumat SetempatPendidikan

DILEA – OPEN LIVE CLASS JULAI 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada makluman terdahulu berkenaan pelaksanaan sesi OPEN LIVE CLASS DILEA yang bermula pada Jun 2025, sukacita dimaklumkan bahawa sesi ini akan diteruskan bagi bulan Julai 2025.

Seperti sebelumnya, kelas akan diadakan setiap hari dari jam 3:30 hingga 4:30 petang, kecuali hari Rabu dan cuti umum. Empat subjek utama masih ditawarkan dan akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

✅ Kelas ini terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5, termasuk yang tidak berdaftar secara rasmi.
Tiada had penyertaan – semua pelajar digalakkan untuk menyertai secara aktif.
✅ Pautan Google Meet akan dimuat naik ke dalam sistem LMS DILEA melalui Akaun NADI masing-masing.

📌 Jadual terkini bagi Julai 2025 serta Standard Operation Procedure (SOP) pelaksanaan kelas turut disertakan dalam lampiran untuk rujukan semua pihak.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keperluan sokongan, sila hubungi kami melalui saluran berikut:

🔹 Telegram [ALL NADI DILEA]
🔗 https://t.me/+pqrz-x8nfbplYmU1

🔹 WhatsApp [NADI Support DILEA (ALL NADI)]
🔗 http://linktr.ee/dilea.support