mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan & Tempat Bersejarah

TEMPAT BERSEJARAH YANG TERDAPAT DI KAMPUNG PARIT SAKAI LAUT

 

MAKAM PANGLIMA LIDAH HITAM

 

 

Bagi pengunjung Pulau Besar Melaka pasti tertanya-tanya kewujudan peninggalan batu yang kononnya dipecahkan dengan lidah seorang panglima pada zaman dahulu dikenali Panglima Lidah Hitam . Batu belah itu adalah sebuah batu besar setinggi tiga meter dan mempunyai rekahan di tengahnya selebar kira -kira 35 sentimeter (sm) dengan kedalaman 1.5 meter adalah hasil belahan lidah panglima berkenaan.BATU yang didakwa timbul di atas kedudukan kepala di Makam Panglima Lidah Hitam sehingga kini belum dapat disahkan adakah rekahan batu itu adalah disebabkan kekuatan lidah Panglima Lidah Hitam atau sebaliknya?. Apa yang menarik panglima gagah berani itu memaang diakui wujud dan memberi sumbangan besar dalam mempertahankan kedaulatan negara pada abad ke-16. Beliau memberi sumbangan besar dengan turut berperang menentang ancaman lanun sehingga meragut nyawanya. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Parit Sakai Laut, Jalan Joned , Muar , Johor dan pada bumbung makam tertulis “PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU DI MALAYA”.

Panglima Lidah Hitam atau nama sebenarnya Baginda Zahiruddin dipercayai berasal daripada Padang Pariaman, Minangkabau, Sumatera Indonesia. Menurut sejarah beliau adalah orang yang pertama memperkenalkan silat lintau di Indonesia dan seterusnya di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-16. Ketika dalam perjalanan ke Makkah, Beliau singgah di Padan (nama asal kawasan Sakai hingga ke Parit Jamil). Disebabkan cuaca buruk beliau agak lama di Padang sementara menanti perubahan musim angin yang lebih baik sebelum meneruskan pelayaran. Di Padang, beliau bertemu Orang Kaya Bauk, pemerintah Padang pada ketika itu. Oang Kaya Bauk meminta pertolongannya mengajar seni silat Lintau kepada anak muda di kawasan itu kerana kemahiran beliau dalam seni mempertahankan diri.

Secara kebetulan,pada masa itu lanun bermaharajalela di Selat Melaka. Orang Kaya Bauk meminta bantuan Panglima Lidah Hitam untuk menghapuskan ancaman lanun yang dikatakan menganggu aktiviti penduduk setempat . Pada 1716, satu pertempuran hebat berlaku di muara sungai Muar antara angkatan Padang dengan kumpulan lanun yang berlanjutan selama beberapa hari. Akhirnya angkatan Padang berjaya menumpaskan sebahagian besar kumpulan lanun terbabit.

Kejayaan itu tidak sempat diraikan oleh Panglima Lidah Hitam apabila kapal yang dinaikinya karam selepas diserang baki baki kumpulan lanun berkenaan. Beliau dan beberapa pengiringnya lemas, namun kematiannya tidak disedari pengikutnya yang ketika itu sedang bertempur untuk menghapuskan saki baki lanun. Sehinggalah selepas beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit Sakai ternampak dua mayat terapung dan tersangkut pada pokok Tuak di kuala parit berkenaan. Oleh kerana pada masa itu senja,mayat itu dibiarkan tanpa diusik.

Keesokannya harinya, barulah penduduk kampung datang mengambil mayat terbabit ke darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu. Anehnya mayat ini  tidak busuk atau reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut. Jenazah berlidah hitam itu dimakamkan di tepi Parit Sakai Laut. Difahamkan , selepas dimakamkan , satu perkara ganjil telah berlaku pada keesokan harinya. Penduduk mendakwa satu tumbuhan batu timbul di atas kepala makam berkenaan yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah. sebelum ini, penduduk dikatakan meletakkan batu nisan kayu di kepala makam tetapi dilaporkn hilang dan tumbuh pula batu di tempat sama. 

Apabila malam bulan purnama,batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat. Disebabkan keganjilan yang berlaku di makam itu, ia dianggap keramat oleh penduduk dan dipanggil “Keramat Lidah Hitam”. Penduduk dikatakan membalutkan kain kunung pada batu yang berbentuk lidah itu sebagai menghormati sumbangannya kepada penduduk setempat dengan mengekalkan keamanan.Menteri kebudayaan Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Samad Idris pernah melawat dan merasmikan bangunan baru Makam Lidah Hitam pada 1977.

FAKTA PANGLIMA LIDAH HITAM

– Nama sebenar ialah Baginda Zahiruddin.

– Berasal daripada Padang Pariaman, Minangkabau Sumatera Indonesia. 

-Orang pertama yang memperkenalkan silat lintau di Minangkabau dan seterusnya di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke -16.

– Nama asal Parit Sakai hingga Parit Jamil Muar dikenali sebagai Padang.

-Pertempuran angkatan Panglima Lidah Hitam dan kumpulan lanun berlaku di Muara Sungai Muar pada tahun 1716.

 

TEMPAT REKREASI/PELANCONGAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG PARIT SAKAI LAUT

KOLAM MEMANCING MF FISHING

 

       

Kolam pancing MF adalah salah satu tempat rekreasi yang popular di kampung ini, Kolam mancing ini terletak berdekatan dengan kampung parit Sakai laut iaitu hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Kolam ini beralamat di perkampungan parit perupok laut, jalan junid dalam, lebih kurang 300 meter daripada parit sakai laut. Kolam ini menjadi tempat tarikan untuk kaki pancing dan tempat ini beroperasi dari 9.00 pg hingga 12.00 malam.

      Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh diperolehi di Kolam Pancing ini seperti Ikan Siakap,ikan kerapu, ikan merah dan banyak lagi.Tempat ini juga mudah untuk dijumpai iaitu hanya menaip MF fishing di maps atau waze, anda akan dipandu sehingga sampai di kolam pancing ini dengan mudah. Pelbagai lapisan umur yang pergi memancing di kolam ini, dan terdapat pelbagai bangsa termasuklah bangsa cina, melayu dan india .Tempat ini juga sungguh nyaman dan jauh dari kesibukan bandar dah dari kolam ini juga kita akan dapat melihat suasana matahari terbenam kerana lokasi tempat ini yang berdekatan dengan laut.