Nama: Junainah binti Yatiman |
Umur :38 Tahun |
Ahli : 2016 |
USAHAWAN ONLINE: PENJUALAN KEK
Pn Junainah binti Yatiman ini adalah kelahiran Felda Kemelah, Segamat Johor. Beliau berkahwin dengan En Aprilzal bin Ghani yang berasal dari Kg Parit Sakai Laut. Pn Junainah bekerja sebagai pembantu tadika kemas Kg Parit Sakai Laut.Beliau juga adalah seorang usahawan kecil kecilan yang membuat perniagaan menjual kek, brownies, talam , kek raya , roti dan sebagainya.Beliau membuat penghantaran kek dan jualan beliau sekitar bandar muar. Beliau mula berniaga sejak tahun 2012.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya menjual kek kepada kenalan rapat dan sedara mara dikampung
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Mini Pi Kg Parit Sakai Laut ini, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga facebook page yang membolehkan beliau mempromosikan kek/ jualan beliau secara online. Dengan penggunaan ICT , medium penyampaian maklumat lagi mudah untuk diterima dan senang untuk disebarkan.Setelah menggunakan medium ICT seperti facebook,whssup , kini pendapatan beliau menceceh RM500- RM 600 sebulan.