DESA KEROMA ECO RESORT adalah sebuah perniagaan berteraskan perkhidmatan hospitailiti yang diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Arizan Bin Jamil dan Puan Azwin Binti Abdullah .
Perniagaan yang dijalankan diatas tanah persendirian di alamat Lot 5923 ,Parit Keroma Jalan Joned 84000 Muar Johor ini terletak kira-kira 15 hingga 20minit dari Bandar Muar Bandar Diraja. Perniagaan ini juga telah didaftarkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada 12 Februari 2017.
Idea untuk menjalankan perniagaan ini, tercetus apabila pemilik resort ini mendapati sektor pelancongan di negeri Johor semakin berkembang pesat selain peningkatan jumlah pelancong asing dan penduduk luar kawasan ke Daerah Muar juga merupakan salah satu faktor lahirnya idea untuk menjalankan perniagaan ini.
DESA KEROMA ECO RESORT ini secara ringkasnya adalah sebuah perniagaan yang menjalankan aktiviti dan kegiatan pelancongan kepada masyarakat tempatan seperti penginapan , perternakkan , pertanian ,pelancongan dan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mengunjungi resort ini.Dengan itu , ianya sekaligus dapat memperkenalkan Parit Keroma ,Muar ini sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan yang terbaik di negeri Johor.
Sesuai dengan iltizam pemilik resort, Desa Keroma Eco Resort ini dibangunkan mengikut konsep Eco Pelancongan yang berkonsepkan alam sekitar bagi tujuan menghayati dan menghargai keindahan alam semulajadi disamping ingin mengekalkan aspek kebudayaan asli dari Johor . Selain itu , konsep ini mampu memberikan impak yang tinggi kepada penjagaan alam sekitar dan sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian penduduk tempatan.
Rumusannya , konsep yang diperkenalkan pemilik Desa Keroma Eco Resort ini mampu memberi kesan yang tinggi dalam aspek penjagaan alam sekitar tanpa menjejaskan sumber asalnya . Diharapkan , dengan wujudnya Desa Keroma Eco Resort ini mampu untuk memperkenalkan resort ini kepada penduduk tempatan dan pelancong luar negara disamping ianya dapat menyumbang kepada penjagaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar.