Tarikh | 10 April 2019 |
Masa | 8.30 pagi-11.00 pagi |
Tempat | Tadika Albaghdadi , Taman Melati, Muar |
Peserta | 93 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan berkaitan klik dengan bijak, simbol simbol media sosial, dan juga pengetahuan am berkaitan internet kepada murid pra sekolah
Aktiviti
93 orang murid Tadika Albaghdadi terlibat dengan program Klik dengan Bijak dan pertandingan mewarna bersama Pusat Internet Kluster Muar yang terdiri daripada Pi Sakai Laut, Pi Kg Paya lebar, Pi pagoh Jaya,PI pekan Sagil dan Pi Tanjung Emas.kami dari PI menjalankan taklimat berkaitan pengetahuna media sosial terhadap murid pra sekolah. Kami menyediakan Prop seperti simbol media sosial , seperti whassup, instagram, twitter, youtube dan sebagainya. Kami menunjukkan simbol tersebut kepada murid murid dan 80% simbol media sosial diketahui oleh murid dan mereka mengetahui setiap simbol dan fungsi simbol tersebut . Selepas taklimat, kami menjalankan pertandingan mewarna sempena program IT kepada murid tahun 4,5,dan 6 tahun.