Tarikh | 12 Januari 2020 |
Masa | 2.30 ptg -6.00 ptg |
Tempat | Mini Pi Kg Prt Sakai Laut |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan Program ini adalah untuk memberi ilmu baru kepada semua perniaga terutamanya perniaga makanan yang menjalankan perniagaan di premis-premis makanan. Kursus Pengendalian makanan ini adalah diwajibkan kepada semua peniaga makanan. Kementerian kesihatan mewajibkan kesemua perniaga makanan menyertainya dengan bayaran rm50.
Aktiviti
Program ini berlangsung bermula 2.30 petang-6.00 petang. petugas Pusat Internet Kg Prt Sakai Laut menyertai kursus pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh syarikat NZ Bunga iaitu syarikat yang berdaftar dibawah kementerian kesihatan Malaysia untuk menguruskan Kursus Pengendalian makanan ini, dan mengeluarkan sijil pengendalian makanan yang berdaftar dan setiap peserta mempunyai id masing-masing. Banyak input dan maklumat yang boleh diperolehi oleh peserta terutamanya berkaitan cara mengendalikan makanan dengan betul