| Nama:Misarah binti Mohd Mat Sah |
| Umur :58 Tahun |
| Ahli : 2017 |
USAHAWAN : BANTAL KEKABU ORIGINAL
Pn Misarah merupakan ibu tunggal yang menjalankan perniagaan kecil kecilan dengan menjual bantal kekabu original.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan Ict ,beliau hanya menjual bantal kekabu kepada jiran, sedara mara dan kenalan rapat di kampung sahaja.Pendapatan yang diperolehi hanyalah dalam anggaran Rm300-Rm500
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Mini Pi Kg Parit Sakai Laut ini, Pn Misarah belajar serba sedikit cara untuk mengiklankan jualan bantal kekabu original dengan bantuan dari anaknya. Kini beliau dapat menjual bantal kekabu secara online, dan mendapat tempahan yang memberangsangkan oleh pelanggan. Jualan bantal kekabu bermula dengan harga Rm20- Rm35. Jenis bantal kekabu yang dijual ialah bantal kepala, bantal baby, bantal untuk hiasan kereta . Kini pendapatan yang pn Misarah dapat untuk sekali penjualan untuk semua bantal kekabu nya adalah anggaran Rm1000-Rm1500 bergantung pada kuantiti kekabu yang diperolehi.l