Penipuan panggilan scam semakin licik dan meyakinkan.
Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan anda tanpa memastikan kesahihan panggilan tersebut.
Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa dengan mengambil langkah berjaga-jaga.
Amalkan konsep 3S sebagai panduan untuk kekal peka, berwaspada, dan lebih yakin ketika berhadapan situasi sebegini:
**3S – Panduan Utama Lindungi Diri **
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguatkuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa! Lindungi maklumat peribadi dan kewangan anda dengan berhati-hati.
#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar
