| Nama: Hani Aida bt Mohd Yusni |
| Umur :12 Tahun |
| Ahli : 2016 |
Latar belakang
Hani Aida merupakan anak ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Ayahnya bekerja sendiri, dan ibunya pula bekerja sebagai juruwang disalah satu pasaraya di Muar. Adik Aida ini bersekolah rendah di Sek Keb Seri Jong, dan bersekolah agama di Sekolah Agama Seri Jong. Beliau mempunyai seorang kakak yang berumur 13 tahun yang bersekolah di Sek Men Tun Sulaiman Ninam Shah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini,Hani Aida tidak mempunyai peluang untuk menggunakan komputer selain dari menggunakan komputer di sekolah .Hani Aida ini hanya pandai on off computer dan membuka aplikasi frog yang di ajar oleh guru sahaja.Selain itu, beliau hanya mengetahui cara membuka youtube untuk melihat video yang diminati seperti cerita transformer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ict yang dijalankan oleh Mini Pusat Internet Parit Sakai Laut setiap hari Jumaat & Sabtu untuk kategori rendah dan Menengah. Adik ini banyak mempelajari perkara yang baru seperti cara log in menggunakan cms client, cara melihat aplikasi dashboard PI1M. Tambahan lagi, Aida banyak menyertai latihan yang dijalankan oleh penyelia Pi1M seperti kelas asas Microsoft word, kelas asas Microsoft Power Point, Aplkasi pembelajaran Online, kelas kreativiti membuat slime, kelas kahoot dan banyak lagi.