Nama: Muhammad Aidil bin mohd Ayub |
Umur :8 Tahun |
Ahli : 2016 |
Latar belakang
Muhammad Aidil bin Mohd Ayub merupakan anak ke 4 daripada 4 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang bekas tentera Darat diraja Malaysia (TLDM), dan ibunya pula bekerja sebagai kerani. Adik Aidil ini bersekolah di Sek Ren Keb Seri Jong. Bercita –cita ingin menjadi seorang polis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Muhammad Aidil hanya dapat menggunakan komputer apabila abang nya cuti semester sahaja. Oleh sebab itu, Aidil tidak dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan komputer dengan betul dan bijak. Kebiasaannya Aidil menggunakan komputer abangnya hanya untuk melihat video di youtube dan bermain game online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan komputer. Cara menggunakan Perisian Microsoft seperti microsoft Word, Powerpoint, Excel untuk digunakan jika perlu membuat kerja kursus disekolah dan lain-lain.Melalui kelas latihan ict yang dijalankan oleh Mini Pusat Internet Kg Parit Sakai Laut setiap hari Ahad Jumaat dan sabtu, adik Aidil sekarang mampu mengenali peralatan komputer, melukis , mewarna, menaip menggunakan komputer. Ammar adalah seorang Ahli PI1M sejak Disember 2016, dan Ahli paling aktif menghadiri Program serta kelas yang dianjurkan oleh PI. KElas yang dijalankan di PI1M sentiasa dihadiri olehnya. Beliau juga telah mempelajarai cara melayari internet dengan cara yang berul dan bermanfaat yang beliau dapat dari modul Klik dengan Bijak yang telah diberikan oleh petugas PI.