??????? ????????? ?????????: ????? ????? ??? ????????? ????? (???? ?)
??????: ?/?/???? (????)
????: ?.?? ???? – ??.?? ????
??????: ????? ?????? ????
Alhamdullillah, selesai sudah kelas Canva siri ketiga anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dan PEDI Kg Prt Sakai Laut. Kehadiran peserta pada hari ini amat menggalakkan, PPWNJ telah menerima 5 orang lagi peserta yang baharu.
Dalam kelas ini, Cik Hanani telah memberikan penerangan kepada peserta tentang fungsi dan kegunaan format gambar (.png, . jpg, .jpeg) dan juga format video seperti (.mp4, .mov dan .gif). Peserta juga diberikan panduan tentang cara menggunakan carian Google untuk mencari gambar dan juga kaedah tangkap layar menggunakan snipping tool.
Kemudian, peserta diajar cara memuat naik gambar, meletakkan lagu dan juga video Yotube di dalam aplikasi Canva. 15 minit terakhir sebelum kelas ditamatkan, Cik Hanani telah menyediakan beberapa soalan melalui aplikasi Quizziz, dan tiga peserta yang menduduki tempat teratas akan memperoleh hadiah. Tahniah diucapkan kepada Puan Balkish, Puan Mardhiyyah dan juga Puan Fatimah!
PPWNJ juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Hanani kerana sudi berkongsi kemahiran bersama para peserta. PPWNJ berharap akan lebih ramai lagi peserta wanita di luar sana yang dapat hadir mempelajari skil dan kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi Canva ini.
Bagi yang berminat untuk ke kelas yang seterusnya, boleh terus menguhubungi Cik Ain dalam talian 06-9556878 atau www.wasap.my/+601111644595/BengkelPengisianPemasaran

