Pada 18 Jun 2023 yang lalu Mini PEDi Kampung Parit Sakai Laut dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Daerah Muar (Laman Wanita Muar) telah mengadakan sebuah bengkel penggunaan canva pro. Seramai 12 orang peserta telah mendaftar dan 6 orang yang berjaya hadir. Peserta bengkel ini merupakan usahawan wanita yang berminat untuk mengembangkan lagi bahagian pemasaran mereka.

