Pada 28 Julai 2025, seramai 50 orang murid berumur 10 hingga 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Sungai Abong telah menyertai Kempen Internet Selamat anjuran MCMC Johor dan NADI Kluster Daerah Muar.
๐ฌ Dalam program ini, murid-murid diberi pendedahan awal tentang literasi digital, had umur penggunaan media sosial, serta bahaya buli siber dan pengantunan seksual dalam talian โ melalui pendekatan menarik dan interaktif.
๐Program ini dibahagikan kepada 5 stesen utama:
๐น Stesen 1: Memahami konsep asas Internet dan media sosial serta pengkelasan aplikasi melalui aktiviti interaktif.
๐น Stesen 2: Mengenal pasti had umur minimum untuk platform media sosial dan risiko penggunaan awal.
๐น Stesen 3: Mendedahkan murid kepada bahaya dunia siber seperti kandungan mudarat dan buli siber serta cara bertindak balas.
๐น Stesen 4: Kesedaran tentang kandungan tidak senonoh & taktik pemangsa di media sosial, serta perlindungan diri secara psikologi dan praktikal.
๐น Stesen 5: Galakan gaya hidup seimbang โ alternatif masa lapang yang lebih sihat, kreatif dan bermanfaat.
โจ Dengan pendekatan hands-on ini, murid bukan sahaja belajar tentang bahaya, tetapi juga diberi keyakinan untuk bertindak bijak, selamat dan beretika dalam dunia digital.
#KempenInternetSelamat
#MCMCJohor
#NADIKlusterMuar
#CelikDigital
#BijakGunaInternet
#sekolahkebangsaansungaiabong
