mcmc
Kesihatan

Kesihatan

Bagi perkhidmatan kesihatan, penduduk kampung Parit Sakai Laut , boleh menikmati kemudahan kesihatan di Klinik Desa Parit Keroma. Jururawat masyarakat adalah kakitangan yang bertugas di klinik desa . Perkhidmatan yang utama ialah berkaitan rawatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik ini juga memberikan perkhidmatan untuk pesakit luar , cara membuat perancangan keluarga untuk pasangan suami isteri serta yang  berkaitan dengan kesihatan dari segi pemakanan. Waktu operasi Klinik Desa Parit keroma ini bermula jam 8.00pg hingga 5.00 petang.

Selain dari klinik desa, mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Klinik 1 Malaysia Jalan Temenggung Ahmad yang jaraknya 2 kilometer daripada kampung ini. Klinik 1 Malaysia ini beroperasi daripada 10.00pg hingga 9.30 malam. Klinik ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Tambahan lagi klinik ini menyediakan perkhidmatan kesihatan dan juga kadar cas yang dikenakan untuk pesakit hanyalah RM1 untuk  perkhidmatan kesihatan yang diberi. Ubat-ubatan akan diberi secara percuma kepada semua pesakit.

Bagi penduduk muar, perkhidmatan yang lebih mudah untuk berurusan jika ada sebarang permasalahan kesihatan, mereka juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah muar. Pelbagai perkhidmatan kesihatan yang disediakan.