mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Habibah binti Ahmad

Nama: Habibah binti Ahmad
Umur :30 Tahun
Ahli : 2016

 

 

 

 

USAHAWAN ONLINE-PRODUK KESIHATAN DAN KOSMETIK

Latar belakang

Puan Habibah merupakan Usahawan offline Produk Kesihatan dan Kosmetik 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Habibah membuat jualan produk kosmetik & kecantikan beliau secara offline , dan hanya menjual produk tersebut kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga saudara mara. Kaedah ini kurang relevan dengan keadaan pasaran semasa sekarang.Oleh itu Puan Habibah kurang mendapat keuntungan dari segi jualan seperti ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Mini Pi Kg Parit Sakai Laut bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial, facebook, Instagram, Blog , Web dan juga aplikasi Dashboard Komuniti yang telah dibangunkan oleh MSD Digital Intelligence dengan Kerjasama TM dan SKMM. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Mini Pi Kg Parit Sakai Laut beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun masih dalam proses pembelajaran.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Habibah tetap berkunjung ke Mini PI Kg Parit Sakai Laut bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain .