mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Hazarita binti Ramlee

Nama: Hazarita Binti Ramlee
Umur :30 Tahun
Ahli : 2016

 

 

 

 

USAHAWAN : PRODUK KESIHATAN (JUS MALIKA)

Pn Hazarita adalah Ahli Pi sejak tahun 2016. Beliau merupakan anak pertama dari 5 orang adik beradik.Beliau telah berkahwin dan dikurniakan anak lelaki 2orang. Beliau mula bergiat aktif dalam penjualan produk kesihatan bermula hujung tahun 2016. Beliau juga merupakan usahawan yang menggunakan platform dashboard my shop untuk menjual produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dalam penggunaan ict dan juga penggunaan perkhidmatan di Pusat Internet. Pn Hazarita hanya menjual produk kesihatannya kepada ahli keluarga dan juga saudara mara secara offline.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Mini Pi Kg Parit Sakai Laut ini, Pn hazarita telah mengikuti kelas Ict seperti kelas asas penggunaan media sosial seperti facebook, Instagram  Twitter dan juga whassup. Selain daripada itu, Pn hazarita juga sering mengikuti kelas dashboard -my shop , untuk mengetahui cara untuk membuat jualan menggunakan my shop. Beliau juga mempelajari cara penggunaan my place dalam dashboard untuk mendaftarkan tempat beliau menyenangkan pelanggan datang ke rumah untuk mengambil produk yang telah dibeli. Setelah menggunakan medium media sosial sebagai salah satu cara untuk memperkembangkan perniagaan jualan barang kosmetik beliau , kini Pn HAzarita telah dinobatkan sebagai Top Seller Jus Malika , di Muar. Pendapatan beliau kini beliau boleh mencecah antara Rm1000-Rm1500 sebulan.