Nama: Muhammad Nur Aswad bin Mohd Tab |
Umur :29 Tahun |
Ahli : 2016 |
USAHAWAN ONLINE: PENJUALAN BURGER DELIVERY
Latar belakang
En Muhammad Nur Aswad ini adalah anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang mekanik kenderaan dan juga seorang usahawan yang membuat perniagaan jualan burger secara kecil-kecilan, Beliau membuat penghantaran burger sekitar bandar muar. Beliau mula berniaga sejak tahun Disember 2015, dan baru sahaja memulakan servis delivery burger cuat bermula 19 Januari 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya menjual burger di stall tepi jalan di kampungnya. Pendapatan yang diperolehi hanya RM200-RM300 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Mini Pi Kg Parit Sakai Laut ini, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga facebook page yang membolehkan beliau mempromosikan burger beliau secara online. Dengan penggunaan ICT , medium penyampaian maklumat lagi mudah untuk diterima dan senang untuk disebarkan.Setelah menggunakan medium ICT seperti facebook,whssup , kini pendapatan sampingan beliau mencecah RM500- RM 600 sebulan.