mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN-Nor Safika binti Abdullah

Nama:Nor safika binti Abdullah
Umur :30 Tahun
Ahli : 2016

 

 

 

 

USAHAWAN : BUTIK PAKAIAN

Pn Nor Safika binti Abdullah adalah anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Menjadi Ahli PI pada 16/12/2016Beliau merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan butik pakaian wanita.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan Ict , beliau menjual pakaian wanita kepada sahabat, saudara mara terdekat. Beliau juga menjalankan perniagaan di Uptown Maharani Muar setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Mini Pi Kg Parit Sakai Laut ini, Pn Norsafika banyak mempelajari ilmu berkaitan media socil. Beliau kini telah membuat facebook personal dan juga facebook page yang membolehkan beliau mempromosikan perniagaan beliau secara online. Dengan penggunaan Ict, medium penyampaian maklumat lagi mudah untuk diterima dan senang untuk disebarkan. Kini beliau telah membuat jualan secara online dengan menjual set baju tidur, baju kurung , tudung dan sebagainya.Beliau kini bergiat aktif dalam laman sosial seperti fb page, instagram , dan juga whassup. Selpeas menggunakan medium media sosial untuk berniaga, beliau dapat menjimatkan masa dan tidak perlu berjualan dari rumah kerumah. Berniaga secara online lagi memudahkan urusan. Beliau dapat menjana pendapatan sampingan sekitar Rm1000 hingga Rm1500 sebulan.