mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Salwa binti Abdullah

Nama: Salwa binti Abdullah
Umur :30 Tahun
Ahli : 2016

 

 

 

 

USAHAWAN ONLINE-PENJUALAN EMAS 916

Latar belakang

Pn Salwa ini adalah anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Beliau merupakan  seorang usahawan yang membuat perniagaan emas atau kutu emas seperti cincin 916, rantai tangan 916,gelang 916 dan banyak lagi.Sebelum ini, Beliau Cuma membuat jualan emas atau menjalankan kutu emas dengan sedara mara, dan ahli keluarga sahaja. Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini bermula tahun 2015 sehingga kini. Sebelum ini beliau ialah seorang pekerja di Syarikat Gdex Kurier Service di Kuala Lumpur dan Kini beliau telah berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap perniagaan yang beliau telah jalankan sejak tahun 2015. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya memperkenalkan kutu emas ini antara sedara mara dan ahli keluarga sahaja. Mulanya, beliau memulakan penjualan emas ini hanya untuk memenuhi keinginan hobi beliau iaitu pengumpul emas yang tegar. Tetapi, tidak menyangka perkhidmatan kutu emas yang beliau jalankan ini mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Mini Pi Kg Parit Sakai Laut ini, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan juga facebook page yang membolehkan beliau mempromosikan jualan beliau secara online. Dengan penggunaan ICT , medium penyampaian maklumat lagi mudah untuk diterima dan senang untuk disebarkan. Kini beliau mempunyai berpuluh permain kutu emas terutamanya di Muar. Ini kerana tidak semua orang memiliki kemampuan untuk membeli emas secara cash serentak. Oleh itu, dengan adanya kutu emas yang dijalankan oleh pn Salwa ini,akan memudahkan pelanggan untuk menyimpan duit serendah Rm5O sebulan , dan akan memiliki accessories emas yang mereka ingini, setelah giliran mereka sampai .Pn Salwa juga tidak mengambil sebarang upah jualan emas, kerana beliau lebih selesa membantu mereka yang ingin mengumpul asset pada masa akan datang, disamping bersedekah