mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

Daerah Muar terletak di Barat Laut negeri Johor Darul Takzim.Ianya bersempadan dengan Daerah Ledang di utara, Segamat di timur dan Batu Pahat di selatan.Muar merupakan daerah kedua terpenting selepas Johor Bahru yang merupakan ibu negeri Johor.Bandar Muar juga dikenali sebagai Muar Bandar Diraja.Gelaran tersebut diberikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ketika merasmikan Bandar Muar pada 12 Ogos 1887.Kemudian pada Tahun 2012, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan dan mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor.

   Daerah Muar berkeluasan 2,346.12 kilometer persegi dan kepadatan penduduk seramai 247,957 orang(2010).