mcmc
Maklumat NADI

Maklumat PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)

MINI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG PARIT SAKAI LAUT

PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi melayari portal Mini Pusat Ekonomi Digital Kg Parit Sakai Laut. PUSAT EKONOMI DIGITAL merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan kerjasama MSD Digital Intelligence di bawah program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar. PUSAT EKONOMI DIGITAL sebelum ini dikenali dengan nama Pusat Jalurlebar komuniti (PJK). Namanya ditukar kepada PUSAT EKONOMI DIGITAL sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat yang tidak kira bangsa mahupun agama. Ia juga bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.

 

OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PUSAT EKONOMI DIGITAL 
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT EKONOMI DIGITAL

  • Latihan ICT secara percuma
  • Laminating
  • Binding
  • Mencetak(Print)
  • Photostat

 

LOKASI MINI PUSAT EKONOMI DIGITAL KG PARIT SAKAI LAUT

PUSAT EKONOMI DIGITAL

Balairaya Serbaguna, Kg Parit Sakai Laut,

Jalan Junid Dalam

84000,Muar

Johor Darul Takzim