| Tarikh | 20 Oktober 2018 |
| Masa | 10.00 pagi-12.00 tengahari |
| Tempat | Mini PI1M Kg Parit Sakai Laut |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Memberi peluang kepadaahli Pusat Internet yang menyertai kelas ict hujung minggu untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah. Minggu ini peserta mempelajari cara menulis jawi menggunakan komputer dengan menggunakan microsoft word sebagai medium penulisan.
Aktiviti
3 orang peserta sekolah rendah hadir untuk menyertai kelas asas jawi menggunakan microsoft word. Peserta sebelum ini tidak mengetahui bahawa mereka boleh menulis menggunakan bahasa jawi menggunakan komputer selain dari menulis tangan. Mereka diberi latihan asas menulis jawi dari huruf hijaiyah sehingga menulis nama mereka, nama keluarga dan sebagainya. Peserta diberi masa untuk membuat tugasan ini selama 2 jam, tetapi peserta dapat menyiapkan tugasan dalam masa 1 jam setengah sahaja. Diharap peserta dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di masa akan datang.