Kesihatan

Pemilihan Kualiti Makanan di Bazaar Ramadan

431775037 808888594606479 5991066904100047598 n

Selaras dengan keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) komited untuk memastikan keselamatan makanan yang dijual sentiasa terjamin dengan menjalankan aktiviti pemantauan sebelum dan sepanjang bulan Ramadan.

Pada bulan Ramadan kali ini, KKM akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negara. Aktiviti operasi ini melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan yang bermatlamat untuk memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan juga dengan kerjasama pihak PBT.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi manamana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.