mcmc
Pendidikan

Pendidikan

 PENDIDIKAN ADALAH SENJATA PALING AMPUH UNTUK MENGUBAH DUNIA-Nelson Mandela

Pendidikan amat penting dalam kehidupan kita. Pendidikan juga penting untuk mengukur kelebihan dan kekurangan seseorang individu. Ilmu yang kita perolehi ianya akan membantu kita untuk menuju kejayaa. Sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang berilmu dan berpendidikan tinggi akan lebih maju. Dengan adanya ilmu dan pendidikan tinggi, kita akan lebih di hormati. Memandangkan ilmu dan pendidikan itu penting,di kampung ini juga memberi penekanan penting terhadap penguasaan akademik sejak anak -anak dari peringkat tadika lagi. Di kampung ana-anak bersekolah di Tadika Kemas Kampung Parit Sakai Laut yang bersebelahan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Diperingkat rendah pula , anak -anak kampung ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Jong. Sekolah ini terletak 2 kilometer daripada kampung ini. Sekolah ini mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Ini kerana, pada sebelah petang sekolah ini digunakan untuk menempatkan murid sekolah agama bagi Kafa1 dan Kafa2. Di johor, pada sebelah petang anak-anak ini akan kesekolah agama, dan sekolah agama yang berdekatan adalah Sekolah Agama Sri Jong yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Jong. Sekolah agama ini mempunyai 2 sesi iaitu dari pukul 2 hingga 3.30petang untuk murid Darjah 1 hingga 3, manakala dari 3.30 petang hingga 6.30 petang untuk murid Darjah 4 hingga 6. Bagi Sekolah Menengah pula, kebanyakan anak-anak disini bersekolah di Sek Men Tun Sulaiman Ninam Shah yang terletak 4 kilometer daripada kampung. Selain daripada itu, mereka juga ada yang bersekolah di Sek Men Tengku Mahkota yang terletak 7 kilometer dari kampung Parit Sakai Laut. Di kampung ini juga terdapat madrasah tahfiz yang menempatkan tahfiz perempuan dan lelaki. Bilangan murid lebih kurang 200 orang.

SEK.KEB SRI JONG

SEK AGAMA SERI JONG