𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗣𝗜𝗡𝗝𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗝𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗔𝗟 𝗔𝗭𝗛𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗦𝗜𝗥
Hebahan ini adalah makluman awal untuk penajaan program pinjaman pelajaran MARA bagi kursus Perubatan dan Pergigian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menawarkan pinjaman pelajaran untuk pelajar cemerlang lepasan asasi/matrikulasi/persediaan sains tahun 2025 bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk sesi kemasukan September/Oktober 2025.
Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah (Mesir), pemohon perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara atas talian di portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menerusi sistem e-Timur Tengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah selewatnya-lewatnya pada
31 Mei 2025 (Sabtu), jam 5.00 petang.
Disertakan pautan link untuk maklumat permohonan di atas https://online.anyflip.com/shdgj/kwse/mobile/index.html
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMADANI
Maklumat Am
4 June 2025

Permohonan Penajaan Kursus Perubatan & Pergigian Ijazah di Universiti Al-Azhar, Mesir
