Pada 27 Jun 2024, mesyuarat telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula PLKN dengan konsep dan format baharu yang baik untuk semua yang berumur antara 17 hingga 35 tahun.
KONSEP PLKN 3.0
Konsep PLKN 3.0 ini dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini. Konsep ini dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat (4) fasa.
