Tarikh | 22 Disember 2018 |
Masa | 7.30 pagi-1.00petang |
Tempat | Mini PI Kg Parit Sakai Laut |
Peserta | 90 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti berkaitan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Kg Parit Sakai Laut terutamanya berkaitan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua Ahli Pusat Internet. Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan antaranya ialah pemeriksaaan tekanan darah, cek gula dalam darah,ukur tinggi berat dan pengiraan bmi.
Aktiviti
90 orang pengunjung Program Jom sihat telah menyertai pelbagai program yang dijalankan pada 22 Disember 2018 (Sabtu ) bermula 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Program tersebut dimulai dengan pelepasan peserta 10,000 langkah .Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut.
- Jalan Santai 10,000 langkah
- Pendaftaran Pengunjung
- Keahlian
- Pemeriksaan Kesihatan
- Kahoot Jom Sihat
- Penyediaan makanan sihat
- Sukaneka Jom Sihat-Makan buah dan Sayur sayuran
- Sukaneka Jom Sihat- Kupas Buah Epal tanpa putus
- Sukaneka- KEmbara Gelung
- Sukaneka- Bersatu Hati
- Pertandingan Mewarna
- Cabutan no bertuah