mcmc
Aktiviti SemasaLaporan AktivitiPendidikanPersatuan Belia

Program & Pertandingan Mencipta E-Poster Kempen Internet Selamat (KIS)

Program & Pertandingan Mencipta E-Poster Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Parit Jawa

Tarikh : 21 November 2025

Peserta: 30 orang pelajar (Tahun 4, 5 & 6)

Dengan Kerjasama Kluster NADI Muar:

• NADI Paya Lebar • NADI Tanjung Emas • NADI Pagoh Jaya • NADI Sabak Awor • NADI Sakai Laut • NADI Taman Damai

Telah berlangsung program & Pertandingan Mencipta E-Poster Kempen Internet Selamat (KIS) menggunakan platform Canva, khusus untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kreativiti digital dan keselamatan internet.

Seramai 30 orang pelajar Tahun 4, 5 & 6 telah menunjukkan semangat tinggi dalam menghasilkan poster bertemakan

Buli Siber (7–12 Tahun)

Pelajar bukan sahaja belajar teknik asas reka bentuk digital, tetapi turut memahami mesej penting tentang keselamatan dalam talian, etika digital, dan bahaya buli siber. Aktiviti ini berjaya meningkatkan kesedaran pelajar untuk menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan bertanggungjawab.

Tahniah kepada semua pelajar yang menyertai, serta jutaan terima kasih kepada barisan NADI Kluster Muar dan pihak sekolah yang menjayakan program ini di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Parit Jawa.

Semoga lebih banyak sekolah dapat diterokai bagi memperluaskan pendidikan literasi digital dalam kalangan generasi muda!

#KempenInternetSelamat

#PertandinganEPoster

#NADIKlusterMuar

Pusat Sebaran Maklumat Mini NADI Kampung Paya Lebar

Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Tanjung Emas

Nadi Pagoh Jaya

#NADISabakAworNADI Kampung Sakai Laut

Nadi Taman Damai Muar

#CanvaMalaysia#CanvaSekolahRendah

#DigitalBeretika

#CelikDigital