Terima kasih kepada Laman Wanita Muar & Jabatan Pembangunan Wanita kerana telah memberikan sumbangan anak pokok kepada Mini PEDi Kampung Parit Sakai Laut.
Terdapat beberapa jenis anak pokok yang diberikan antaranya ialah pokok limau purut, pokok limau kampung, pokok daun kari & pokok salam (bay leaves).
Ahli komuniti yang berminat boleh dapatkan anak pokok ini di Mini PEDi Kampung Parit Sakai Laut kerana hanya sebahagian dari jumlah keseluruhan anak pokok ini yang akan ditanam disekitar Mini PEDi Kampung Parit Sakai Laut bersama anak-anak komuniti disini.